20 Februari 2014 - 20:30
Jangan bantu Rafidhah untuk menentang Israel

Mufti Arab Saudi, Abdul Aziz Al Sheikh mengeluarkan pendapat larangan memberi bantuan kepada apa sahaja yang dinamakan Rafidhah dalam menghadapi Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mufti Arab Saudi berkata, "Tidak diizinkan membantu Rafidhah dalam berperang di pihak umat Islam."Abdul Aziz Al Sheikh berkata demikian ketika menjawab pertanyaan melalui talian telefon tentang hukum individu yang membantu Hizbullah dalam peperangan melawan Israel ketika bulan Julai (2006). Mufti menjelaskan pertanyaan itu aneh baginya kerana entiti Israel yang disebut oleh pemanggil telefon dikatakan sebagai umat Islam."Jawapan yang dikemukakan mufti tersebut terjadi ketika rakyat Palestin sedang bertungkus lumus membebaskan negara mereka dari pendudukan Israel sedangkan aliran Wahabi yang menjadi pegangan Al Sheikh menggesa jihad ke Syria.Para ulama Saudi dan Wahabi merupakan pencetus provokasi utama dalam peperangan di Syria dengan menyeru penyaluran dana, senjata dan logistik untuk militan dan pengganas. Meskipun begitu belum ada fatwa membabitkan mufti aliran Wahabi untuk jihad di Palestin.