8 Mac 2014 - 20:30
Tahanan Syiah dibebaskan secara berperingkat

Beberapa tahanan Syiah kelihatan keluar dari Ibupejabat Polis Selama.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beberapa orang pengikut mazhab Syiah yang ditahan untuk soal siasat di Ibupejabat Polis Daerah Selama kelihatan sudah dibebaskan atas jaminan polis.Antara yang sudah berada diluar ibupejabat polis ialah kira-kira 50 orang wanita dan kanak-kanak dan Syeikh Abdullah Hasan, manakala tahanan yang lain akan dibebaskan secara berperingkat.Selain itu terdapat laporan bahawa para tahanan tidak diberi makan sejak tadi malam. Sementara itu seorang kanak-kanak dilaporkan demam dan pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) tidak mengizinkannya keluar dari lokap.Kira-kira 300 orang pengikut mazhab Syiah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Perak dalam satu lagi siri penindasan Jabatan Agama Islam Perak terhadap minoriti pengikut mazhab Syiah Imamiyah.