9 Mei 2014 - 07:01
Pengganas FSA dicipta oleh Barat

Ulama al-Azhar berkata, FSA adalah ciptaan Barat dan Amerika akan membunuh mereka di penghujung babak kemelut Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketika Parti Pembangunan dan Kemajuan Mesir melancarkan kempen di bawah slogan "Katakan tidak untuk pembunuhan penunjuk perasaan, tidak untuk Takfiri, tidak untuk pengeboman", salah seorang ulama al-Azhar Mesir mengeluarkan kenyataan bahawa golongan Takfiri (Wahabi) adalah ciptaan negara Barat dalam rangka menghancurkan negara-negara Arab seperti yang mereka lakukan di Syria.

Kempen ini muncul setelah terjadi serangan bom dan keganasan yang berleluasa di Mesir, selain tersebarnya fatwa-fatwa pengkafiran golongan lain di kalangan ekstrimis.

Setiausaha Agung Parti Pembangunan dan Kemajuan, Ala Abu al-Nasr berkata kepada wartawan al-Alam, sesungguhnya Takfiri tidak mengizinkan sesiapapun menentang pandangannya, selain itu Takfiri melibatkan hukum perundangan sebagaimana hukum hakam yang lain, di mana ia tertakluk pada syarat-syarat tertentu.

Selain itu, pegawai parti tersebut Sayid Farag mengutuk pemikiran Takfiri yang mengamalkan pengeboman dan menyebarkan fatwa ustaz-ustaz yang gila kuasa. Beliau turut memberi amaran bahawa pemikiran ini boleh mengundang bahaya keganasan.

Para ulama yang lain juga berpendapat bahawa kemunculan Takfiri merupakan ciptaan sebahagian negara Barat yang berusaha memecahbelahkan dunia Arab supaya menjadi puak penderhaka. Selain itu mereka turut menegaskan bertapa pentingnya penyebaran Islam yang sederhana dalam menghadapi kelompok pelampau dengan segenap kekuatan yang ada.

Salah seorang daripada ulama Universiti al-Azhar, Syeikh Ali Athiyyah berkata, "Sesunggunhnya apa yang dinamakan Tentera Pembabasan (FSA) di Syria merupakan jemaah pengganas, apakah Amerika membantu Islam? Amerika tidak membantu Israel malah hanya membantu Israel dan akhirnya akan membunuh mereka yang jahil tersebut".

Masyarakat Mesir hari ini menghadapi serangan Takfiri dan pengeboman secara terus menerus dalam kemelut politik.

Para ulama juga mengeluarkan amaran tentang golongan pelampau menurut hukum hakam Islam dan menegaskan betapa pentingnya menghadapi ideologi Takfiri dengan menyebarkan pemikiran sederhana sebagai benteng keamanan dan kesejahteraan sosial.

Ulama al-Azhar berkata, FSA adalah ciptaan Barat dan Amerika akan membunuh mereka di penghujung kemelut Syria.