Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Askar Syria sudah membuka semua jalan masuk ke kota lama Homs setelah keamanan benar-benar terjamin dan diistiharkan bebas dari unsur-unsur pengganas. Sementara itu penduduk tempatan berpusu-pusu kembali ke rumah masing-masing untuk memeriksa harta benda mereka yang telah musnah dalam konflik keganasan militan.
5 kumpulan pengganas dipindahkan keluar dari kota lama Aleppo pada hari Jumaat lalu dengan 24 buah bas.
Sementara itu televisyen Syria menyiarkan berita terkini mengenai ketibaan konvoi bantuan di kota Nabl Wa Zahra manakala sumber pemberontak berkata, kira-kira 12 kereta pasukan bantuan memasuki Utara Syria.
Gabenor Homs, Talal Barrazi mamklumkan bahawa kota Homs Qadimah selamat dan benar-benar kosong dari anasir pengganas. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada askar Syria atas keberanian dan pengorbanan mereka selama ini dalam membasmi pengganas.
Al-Barrazi dalam kenyataannya kepada Agensi Berita Syria (SANA) menyebut terdapat operasi pemeriksaan dan pembersihan periuk api di kawasan Ahya Hamadiya, Al-Warshah, Bustan Daiwan dan Bab HUd sebelum masyarakat diizinkan memasuki kawasan terbabit.
Dalam masa yang sama Unit Kejuruteraan Askar Syria telah menamatkan operasi memeriksa kawasan Jouret Shiah dan Qushur. Penduduk tempatan telah diizinkan memasuki kedua-dua kawasan tersebut.
Sebuah jawatankuasa telah dibentuk oleh penduduk tempatan untuk memantau pintu masuk kawasan mereka, menilai semua kerosakan harta benda, serta bekerjasama dengan agensi kerajaan demi mengekalkan keamanan.
Al-Barrazi juga meminta ahli-ahli perniagaan dan penduduk Homs agar merujuk kepada polis kawasan Alhamidiah untuk memudahkan kemasukan mereka ke kasawan terbabit. Selain itu badan-badan kebajikan turut kelihatan membawa anggota mereka untuk mempercepatkan proses keamanan seperti sedia kala.