Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Faisal dalam sidang media hari ini turut meyimpulkan perbincangan khas menteri-menteri luar OIC di Madinah dengan menyatakan, "tuduhan Perdana Menteri Iraq ridak masuk akal, ianya datang ketika kerajaan (Saudi) menyatakan penghararaman terrorisme terutamanya ISIS... Kerajaan (Saudi) merupakan negara yang paling parah menanggung penderitaan akibat terrorisme, ia tidak berhenti-henti menghadapinya... dan nasihat kepada para pegawai Iraq ialah mengikuti dasar politik kerajaan (Saudi) dalam menghapuskan pengganas."
Tambah Faisal lagi, "Kemelut perkauman yang membawa kepada fitnah di dalam beberapa negara hendaklah diperangi".
Kumpulan pengganas cabang al-Qaeda, ISIS yang menganuti fahaman Salafi Takfiri dan dianggotai oleh beberapa warganegara asing seperti Arab Saudi, Tunisia, Libya serta Chechnya telah menawan beberapa wilayah di Iraq sejak akhir-akhir ini. Sementara itu aliran Takfiri pula berasal dari fahaman Wahabi yang ditaja oleh Saudi dan disebarkan ke Afghanistan di bawah nama al-Qaeda. Setelah itu pengikut ajaran sesat ini menyusup ke beberapa negara lain termasuk Iraq setelah pendudukan Amerika diikuti dengan penaklukan beberapa wilayah hasil dari sumbangan negara-negara termasuk Saudi.
20 Jun 2014 - 07:54
News ID: 617465
Menteri Luar Arab Saudi, Saud Faisal samalam (Khamis) menafikan tuduhan Iraq bahawa kerajaannya membiayai kumpulan pengganas. Beliau berkata, "Saya menasihatkan Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki agar tidak menunding jari kepada Arab Saudi."