Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan pemusnahan makam Nabi Yunus (a.s), Mufti Mesir, Dr. Shawki Allam kecam kegiatan pengganas Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) yang memusnahkan makam nabi dan orang soleh di Iraq.
Dr. Shawki menyifatkan serangan terhadap kesucian para nabi dan orang soleh, termasuk membongkar permakaman yang dilakukan ISIL tidak diiktiraf oleh mana-mana mazhab serta tidak ada kaitan dengan Islam atau agama sedikitpun. Bahkan menurut beliau perbuatan tersebut melanggar etika seorang manusia yang sepatutnya menghormati tempat bersemadinya jasad individu yang telah meninggal dunia.
Sambil mempertikaikan kedangkalan pemikiran mereka beliau berkata pelampau itu jahil tentang spiritual agama Islam dan tidak membaca sejarah perjalanan para Nabi Muhammad (s.a.w) yang tinggal di kota suci Mekah selama 13 tahun. Kata beliau sedangkan baginda Nabi Muhammad (s.a.w) ketika itu tidak pernah mengusik mana-mana berhala yang bilangannya mencapai ratusan, apalagi makam dan perkuburan para nabi dan orang soleh?.
Beliau turut meminta pihak mufti Iraq dan pertubuhan yang berkaitan seperti UNESCO agar cepat bertindak menyelamatkan dan memelihara tempat-tempat suci Islam yang mempunyai nilai kebudayaan, sejarah serta arkeologi di Iraq.
15 Julai 2014 - 15:15
News ID: 624224
Perbuatan ISIL menghancurkan makam Nabi Yunus tidak mencerminkan mana-mana agama dan sifat normal manusia yang menghormati persemadian jasad manusia