
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Penyertaan warga Palestin dalam kumpulan pengganas ISIS terbongkar apabila seorang daripadanya yang bernama Ahmad Muhammad al-Habashi maut dalam operasi askar Iraq.
Televisyen al-Mayadin melaporkan, "Media-media Israel melaporkan berita ini dengan mengaitkan peningkatan jumlah pemuda Palestin yang menyertai ISIS."
Selain itu seorang lagi pemuda Palestin yang bernama Rabia al-Shahada turut dikatakan berada di dalam kumpulan pengganas ini.
Sementara itu saluran 10 televisyen Israel melaporkan kira-kira 35 pemuda Palestin telah menyertai ISIS tahun lalu.

Televisyen ini menegaskan, para pemuda ini dipengaruhi melalui Facebook. Mereka memasuki Iraq dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Ben-Gurion Israel ke Antalya, Turki untuk memasuki Syria. Televisyen Israel ini turut mendedahkan bahawa mereka menerima sejumlah wang daripada pengganas ISIS.
Selain itu salah seorang menteri Israel, Uzi Landau meminta kewarganegaraan mereka ini dilucutkan.
Pertanyaan yang timbul sekarang ialah mengapa para pemuda ini terpengaruh dengan ISIS atau Jabha Nusra sedangkan keutamaan jihad melawan Israel sudah berada di tangan mereka?