22 Oktober 2014 - 05:00
Sentimen perkauman polis New York terhadap Muslim

Aksi sentimen perkauman polis New York terhadap lelaki Muslim yang baru sahaja membiarkannya melalui sebatang jalan dengan berpakaian Barat.

New York - Sebuah klip video polis New York menolak dua lelaki Islam ke dinding untuk diperiksa gara-gara berpakaian jubah Arab, telah mencetus kemarahan orang ramai di alam maya.

Adam Saleh yang memuat naik video tersebut mendakwa beliau mempunyai pemprofilan sentimen perkauman secukupnya ketika memakai pakaian sebagai seorang Muslim.

Beliau yang mengendalikan saluran Youtube atas nama TrueStoryASA mengajak rakannya untuk berlakon dalam satu klip video demi mengetahui gelagat polis ketika ada orang awam yang berpakaian tradisional Islam.

Namun mereka bercadang untuk membuat video baru bagi 650,000 pelanggan mereka setelah kecewa terhadap polis yang bertindak prejudis terhadap Muslim.

Video sepanjang 3 minit yang diberi judul  "Messed up and cruel" itu menunjukkan dua lelaki yang memakai pakaian Barat melalui di suatu jalan di New York dengan bercakap dalam loghat Amerika di hadapan anggota polis.

Setelah 20 minit kemudian, dua lelaki tersebut menukarkan pakaian mereka dengan pakaian tradisional Islam dan sekali lagi melintas di depan anggota polis yang sama.

Tindakan itu menyebabkan anggota polis menyoal siasat mereka dan bertanya kenapa mereka berpakaian demikian tanpa menyedari kedua-dua lelaki tersebut baru sahaja melalui di hadapannya.

Adam dan Sheikh cuba menerangkan bahawa mereka hanya berjalan-jalan di situ namun anggota polis itu langsung menolak mereka ke dinding untuk diperiksa.

Adam ditanya oleh polis, "Ini apa? pistol atau pisau?" padahal objek tersebut adalah telefon genggam.

Ketika Sheikh ditolak ke dinding, beliau berkata, "Saya adalah orang yang sama sebelum ini. Saya datang 20 minit yang lalu dan anda tidak melakukan apa-apa ketika kita bertemu."

Dalam akaun Twitter " omgAdamSaleh", Adam berkata, "Inilah yang terjadi ke atas saya, dan ianya juga akan terjadi ke atas wanita Muslim yang berhijab dan mereka yang bukan berkulit putih."

"Jangan harap insiden ini akan menghentikan saya memakai pakaian Arab... Saya akan terus memakainya dan membuat rakaman video tanpa menyakiti sesiapapun.

Para penonton video tersebut meninggalkan komen berupa kecaman terhadap tindakan pegawai polis tersebut.

Salah satu akaun yang bernama adams_habibi, berkata, "Kata-kata mereka menunjukkan betapa anggota polis tidak ada toleransi. Saya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menganggukkan kepada."