Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Emami Kashani dalam khutbah Jumaatnya menyentuh tentang pemergian Ayatullah Mahdawi Kani dan berkata, "Univerisiti Imam Sodiq (a.s) dan Madrasah Marwi merupakan salah satu impian dan cetusan idea beliau. Namun dalam semua peringkat beliau merupakan seorang lelaki yang bertanggung jawab. Dari sini menurut beliau menyampaikan pendidikan kepada generasi para pemuda dan mahasiswa amat penting. Kita mohon kepada Allah di malam ke empat puluh ini agar beliau dihimpunkan bersama dengan Ahlil Bait dan Imam Husain (a.s)."
Bahagian khutbah Jumaat beliau yang lain, beliau menyentuh tentang hari Tentera Laut, "Kita semua mengetahui betapa berjasanya tentera laut Republik Islam Iran kepada negara. Di hari pertama peperangan, tentera laut negara kita berjaya melumpuhkan askar Iraq."
Sambil mengingatkan tentang kata-kata Imam Khomeini dan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatullah Sayid Ali Khamenei kepada Tentera Laut Republik Islam Iran, beliau menambah, "Kewajipan Tentera Laut ialah mensejahterakan keamanan di lautan dari segi perjalanan pergi balik kapal-kapal yang mana jasa mereka amatlah baik untuk ekonomi dan kamanan laut."
Menyentuh tentang masalah Takfiri, persidangan dan kongres yang dihadiri ulama di Qom, beliau berkata, "Masalah punca Takfiri merujuk kepada zaman dahulu kala, zaman Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (a.s) dan Khawarij Nahrawan. Khawarij Nahrawan melakukan perbuatan tersebut kepada Amirul Mukminin."
Tambah beliau lagi, Malangnya segelintir ulama Islam memakai nama Islam namun disebabkan pemikiran yang menyimpang kadang-kadang menyatu dengan gerakan anti Ahlul Bait, akhirnya pohon terkutuk ini tumbuh jua.
"Hari ini mereka yang benar-benar Sunni sejati tidak menyerang kehormatan Ahlul Bait dan menentang ziarah kubur orang soleh. Kegiatan Takfiri dan Salafi inilah yang dicari oleh Arab Saudi sekarang ini.
"Dengan pemikiran yang tersesat dari Islam ini, kadang-kadang mereka menulis thesis mengenai Imam Husain (a.s) bangkit menentang pemerintah di zamannya tanpa sebab, dan mereka ini mendapat markah yang tinggi di unversiti. Dari sini, malangnya kejahilan ini banyak memperdaya para pemuda diiringi sogokan dana hasil minyak serta diselaraskan dengan kuasa besar dunia.
Masalah kesesatan dan Takfiri, sebagaimana yang telah dibentangkan dalam kongres terbaru ini, hendaklah disiarkan dalam televisyen di seluruh negara, supaya pemikiran ini dapat dibasmi dari otak-otak mereka yang sudah terpedaya. Ini adalah kewajipan yang disandang oleh dunia Islam, ulama dan Hawzah Ilmiyah Syiah dan Sunni.
"Pemikiran ini saling berganding dengan kuasa angkuh dunia dan itulah yang telah mereka lakukan di Palestin, atau serangan ke atas rumah Sheikh Isa Qasim di Bahrain sehingga menyakiti beliau. Kita mengecam gerakan keji ini.
"Semua ini adalah kesinambungan kesesatan dalam Islam yang berasal dari Amerika," kata beliau dengan tegas.
Berkenaan dengan rundingan 5+1 Emami Khashani mengulas, "Sikap buruk yang diambil 5+1 merupakan sikap buruk kuasa angkuh global. Pasukan rundingan, kementerian Luar bersama deligasi beliau bergerak dengan kekuatan luar biasa sehingga menjadi jelas kepada masyarakat antarabangsa bahawa Iran tidak mengejar senjata nuklear. Logiknya ialah senjata nuklear adalah haram. Kita tidak melakukan apa yang telah dibuat oleh segelintir individu di England dan Amerika. Namun berapa juta insan di atas muka bumi memahami bahawa Iran tidak mengejar senjata nuklear. Negara itu perlu diberi hak untuk memiliki teknologi nuklear.
"Iran telah menerapkan pemikiran relawan rakyat dalam seluruh dimensi dalam negara, termasuklah berbagai fasa dengan pemikiran tersebut dalam mempertahankan kerajaan Islam seperti dalam fitnah 88, musuh tidak sedikitpun mencapai matlamatnya," kata beliau di akhir khutbah.
29 November 2014 - 11:07
News ID: 654798
Pasukan rundingan Iran berjaya memberi penjelasan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Iran tidak mengejar teknologi senjata nuklear.