7 Disember 2014 - 09:33
ISIS rejam pemuda Syria

Seorang pemuda Syria direjam pengganas ISIS atas tuduhan zina tanpa saksi yang menyabitkannya dengan jenayah tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Kumpulan militan ISIS telah merejam seorang pemuda Syria di kota Bukamal, kota Deir Zour, Timur Syria pada hari Jumaat lalu.

Pengganas tersebut dilaporkan menangkap seroang pemuda atas tuduhan berzina dan dihukum mati secara tragik.

Dalam beberapa gambar, pemuda tersebut kelihatan dimasukkan di dalam sebuah lubang sehingga tampak kepalaya sahaja untuk dilontar dengan batu.

Bersasakan laporan ini, hukuman zina tersebut dilaksanakan oleh pengganas ISIS secara melulu tanpa membawa saksi-saksi kes untuk membuktikan pemuda itu melakukan janayah zina.

Perbuatan ISIS ini dikatakan bertujuan untuk mencemarkan kesucian agama Islam sedangkan terdapat banyak bukti-bukti seperti pengakuan dan jadual jihad nikah di antara anggotanya dengan perempuan yang telah mereka perdayakan serta tawanan.

...............