Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bernard Cazeneuve telah dilantik sebagai Perdana Menteri baru Perancis menggantikan Manuel Valls yang sebelum ini mengumumkan peletakkan jawatannya untuk menumpukan perhatian kepada persediaan beliau untuk bertanding di dalam pilihan raya Presiden Perancis tahun 2017.
Valls pada hari Isnin mengumumkan pencalonan beliau iaitu beberapa hari selepas Presiden Perancus, Francois Hollande berkata beliau tidak akan bertanding untuk penggal yang kedua. Berikutan itu, Valls membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon parti Sosialis di dalam pilihan raya itu. Keputusan itu mendorongnya untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dalam rangka memberikan tumpuan penuh di dalam kempennya itu.
Bernard Cazeneuve adalah Menteri Dalam Negeri Perancis yang merupakan salah seorang daripada pengikut setia Presiden Hollande.