Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani berkata negaranya bersedia untuk membantu Syria berhubung pembinaan semula negara Arab yang dilanda perang itu.
"Sepertimana (kami) bersama-sama dengan bangsa Syria dalam memerangi keganasan (di negara mereka), kerajaan Republik Islam Iran juga bersedia untuk berdiri bersama-sama kalian dalam usaha pembinaan semula negara Syria dengan menggembelingkan setiap kemampuan yang wujud," kata Rouhani dalam mesej kepada rakan sejawatnya, Bashar al-Assad pada hari Sabtu.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kepada presiden Syria sempena Hari Pengungsian yang merupakan hari kebangsaan Syria -dalam rangka memperingati pengunduran tekakhir tentera Perancis dari wilayah negara Arab itu sekaligus pengisytiharan kemerdekaan serta penamatan mandat Perancis di Syria pada 17 April 1946.
21 April 2018 - 17:34
News ID: 890318
Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani berkata negaranya bersedia untuk membantu Syria berhubung pembinaan semula negara Arab yang dilanda perang itu.