Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang penduduk Palestin yang bersenjatakan kapak ditembak mati ketika cuba menyeberangi sempadan Gaza-Israel hari ini, kata tentera.
Kenyataan tentera menyebut, anggotanya menembak dua penduduk yang merosakkan pagar keselamatan dan bersenjatakan kapak, menyebabkan seorang daripada mereka terkorban.
Tiada pengesahan daripada pihak Palestin setakat ini. - AFP