Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Jumaat

9 Oktober 2020

2:50:31 PTG
1076769

Bekas pegawai polis AS didakwa bunuh George Floyd dibebaskan

Seorang bekas pegawai polis, Derek Chauvin yang didakwa membunuh seorang lelaki kulit hitam, George Floyd yang mencetuskan satu bantahan besar-besaran telah dibebaskan dari sebuah penjara Minnesota semalam dengan jaminan sebanyak AS$1 juta (RM4.15 juta).

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Seorang bekas pegawai polis, Derek Chauvin yang didakwa membunuh seorang lelaki kulit hitam, George Floyd yang mencetuskan satu bantahan besar-besaran telah dibebaskan dari sebuah penjara Minnesota semalam dengan jaminan sebanyak AS$1 juta (RM4.15 juta).

Dia sebelum ini dituduh menekan lututnya di leher Floyd sehingga lelaki berkenaan tidak bermaya dalam satu tangkapan pada Mei lalu. Dia kemudian didakwa melakukan pembunuhan peringkat kedua dan ketiga.

Satu rakaman video yang tular turut menunjukkan Chauvin melakukan perbuatan tersebut.

Pejabat Daerah Hennepin mengeluarkan notis tentang pembebasannya selepas empat bulan dia dipenjarakan.

Chauvin dikenakan syarat bahawa dia perlu berada di Minneapolis sepanjang perbicaraannya berlangsung.

Dia dan peguam belanya tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut.

Bagaimanapun, peguam bela keluarga Floyd, Ben Crump membidas pembebasannya.

"Derek Chauvin dibebaskan AS$1 juta hari ini (semalam), membeli kebebasan selepas 'menjerut' kehidupan George Floyd berhubung AS$20 (RM83.05)," katanya menerusi Twitter.

Bekas pegawai polis itu yang telah dipecat akan menghadapi perbicaraan melakukan pembunuhan itu pada Mac tahun depan.

Dia bersama tiga lagi bekas anggota polis turut dibicarakan dalam kes tersebut.

Pihak pendakwa raya menyatakan kematian Floyd berlaku selepas dia ditahan kerana dituduh menggunakan wang palsu AS$20. - AFP