AhlolBayt News Agency (ABNA)

source : AL-JAZEERA
Khamis

26 November 2020

4:20:42 PTG
1089801

Qatar:

Normalisasi dengan Israel merosakkan kenegaraan Palestin

Menteri Luar meminta negara-negara Arab bersatu demi prioriti kepentingan rakyat Palestin bagi menamatkan penjajahan Zionis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sheikh Mohammed mengatakan perpecahan Arab tidak membuatkan orang Israel berunding dengan Palestin.

Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani mengatakan demikian sambil bertegas bahawa negara-negara Arab yang menjalin hubungan dengan Israel telah merosakkan usaha untuk gagasan kenegaraan Palestin.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Sudan bersetuju untuk mengadakan hubungan rasmi dengan Israel dalam perjanjian yang ditangani oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Sementara itu Palestin mengecam perjanjian ini sebagai "tikaman dari belakang" dan pengkhianatan terhadap matlamat mereka. Mereka bimbang pergerakan Bahrain dan UAE akan melemahkan kedudukan pan-Arab yang sudah lama wujud.

UAE, Bahrain dan Sudan memutuskan pendirian ini, yang menuntut penarikan Israel dari wilayah yang sudah diduduki secara haram dan menerima negara Palestin sebagai balasan untuk hubungan normal dengan negara-negara Arab.

"Saya rasa lebih baik memiliki [Arab] bersatu untuk meletakkan kepentingan rakyat Palestin [asas utama] untuk mengakhiri pendudukan [Israel]," kata Sheikh Mohammed kepada Forum Keselamatan Global atas talian pada hari Isnin.

Dia mengatakan perpecahan itu bukan untuk kepentingan usaha sama Arab bagi menyeret Israel ke meja rundingan dengan Palestin dan menyelesaikan konflik selama beberapa dekad.

Katanya kepada negara-negara yang menjalin hubungan dengan Israel, "Akhir sekali terserah kepada mereka untuk memutuskan apa yang terbaik untuk negara mereka", katanya.

Pegawai UAE mengatakan negara Teluk tetap komited untuk mendirikan negara Palestin merdeka, menakala perjanjiannya dengan Israel telah menghentikan aneksasi tanah yang terus dituntut oleh rakyat Palestin.

Sehingga tahun ini, Israel hanya mempunyai hubungan formal dengan dua negara Arab iaitu jirannya Mesir dan Jordan, yang dijalin di bawah pencapaian perjanjian damai beberapa dekad yang lalu. Pegawai AS dan Israel mengatakan lebih banyak negara Arab akan segera mengikuti perjanjian baru-baru ini.

Sheikh Mohammed menjelaskan Doha tetap menjaga beberapa hubungan dengan Israel, walaupun hanya hal-hal yang berkaitan dengan rakyat Palestin, seperti keperluan kemanusiaan atau projek pembangunan.

Qatar menyokong penyelesaian dua negara dengan Yerusalem Timur yang dijajah sebagai ibu negara negara Palestin, kata menteri luar itu.

Krisis Teluk

Merujuk kepada perselisihan yang meletus pada tahun 2017, UAE, Arab Saudi, Bahrain dan Mesir telah memutuskan hubungan diplomatik, pengangkutan dengan Qatar dan melancarkan sekatan darat, udara serta laut terhadap negara itu, Sheikh Mohammed mengatakan tidak ada pemenang dalam krisis tersebut.

"Kami berharap ini akan berakhir pada bila-bila masa dan apa yang kami perlukan sekarang adalah melakukan hubungan baik yang serius dengan negara lain - dan inilah yang bersedia dilakukan oleh Qatar," katanya kepada Forum atas talian itu. "Tidak ada pemenang dari krisis ini dan kita semua kalah," tambahnya.

Keempat negara tersebut menuduh Qatar menyokong "keganasan", manakala Doha dengan tegas dan berulang kali menafikannya.

------------

ABNA Melayu/177