AhlolBayt News Agency (ABNA)

source : ABNA24.com
Sabtu

20 Februari 2021

7:57:34 PTG
1117209

Sayyed Abdul Malik al-Houthi;

Pertempuran di Ma’rib untuk menghadapi penyerang

Sayyed Abdul Malik al-Houthi menegaskan, serangan terbaru di Ma’rib bertujuan menghadapi kekerasan pasukan gabungan Saudi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pemimpin Revolusi Yaman, Sayyed Abdul-Malik Badreddin al-Houthi, menekankan operasi ketenteraan di Ma'rib, Jawf dan wilayah lain datang dalam konteks konfrontasi melawan pasukan penceroboh, sambil menambah bahawa, "Kebanyakan penduduk tempatan di Ma'rib berperang bersama tentera dan Jawatankuasa Rakyat."

"Sangat sedikit orang Ma'rib yang berperang di bawah perintah seorang pegawai Saudi yang berusaha untuk memaksa pemerintahan Saudi dalam format kesetiaan kepada Amerika dan normalisasi dengan Israel," kata Sayyed Al-Houthi.

Sayyed membuat pernyataan ini semasa pidatonya di televisyen pada hari Jumaat, iaitu hari Jumaat pertama bulan Rejab, yang disambut setiap tahun di Yaman.

Beliau turut mengesahkan bahawa, "Perang melawan musuh dan tentera upahan mereka bertujuan untuk menjaga identiti Islam orang Yaman, mempertahankan penolakan mereka terhadap hegemoni, dan menekankan bahawa tidak ada yang dapat membenarkan kesepakatan normalisasi dengan 'Israel'."

Sayyed al-Houthi menceritakan sebelum Revolusi 21 September, terdapat pihak asing yang cuba mengawasi rantau itu, terutama oleh Amerika Syarikat.

Beliau berkata, "Kita, sebagai rakyat Yaman dan negara Islam, berusaha untuk menyingkirkan diri dari kepatuhan terhadap Amerika dan Israel."

Tambah beliau, rakyat Yaman tidak mahu berada di bawah jagaan Arab Saudi, UAE, AS, Israel atau mana-mana negara asing.

"Orang Yaman adalah orang yang bebas dan mempunuyai identiti keimanan mereka yang mendesak menuntut kemerdekaan mereka," tambahnya.

Sayyed al-Houthi lebih jauh menekankan bahawa Israel dan Amerika Syarikat adalah "Dua sisi duit syiling yang sama, manakala keutamaan Amerika adalah untuk memperkasakan Israel di rantau ini dan memperkuat kawalan dan ketuanannya juga, selain membiarkannya menjadi pemimpin apa yang mereka sebut Timur Tengah."

"Hegemoni adalah penghinaan terhadap orang-orang kita, termasuk mereka yang menerima pengawasan ini, mempromosikannya dan berdiri dengannya di kala orang kita menolaknya, menyokong pencerobohan dan pertempuran hari ini bersama orang asing," katanya.

Sayyed Abdul-Malik al-Houthi menggesa tentera Yaman dan Jawatankuasa Popular untuk terus menghadapi pencerobohan yang dipimpin oleh Saudi, meminta negara-negara musuh menghentikan perang dan menghentikan sekatan di Yaman.

..................

177