Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sumber tetera Russia di Syria berkata pengganas ISIS sedang membuat persediaan untuk melancarkan serangan besar-besaran bagi merampas bandar strategik al-Salamiya selepas melancarkan serangan awal di kawasan Tenggara Hama pada petang Sabtu.
Sumber memetik laporan perisikan tentera mengenai penghijrahan besar pengganas ISIS dari Mosul ke al-Raqqa dan al-Masdar.
Laporan tersebut turut memetik bukti dari imej satelit yang menunjukkan kerumunan besar ISIS ke Tenggara Hama.
Keputusan ISIS menyerang al-Salamiya berikutan prestasi perang yang tidak menentu di kalangan kumpulan pengganas tersebut yang memaksa mereka mencari jalan memberikan tekanan kepada kerajaan Syria.