Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengucapkan tahniah sempena ulangtahun kelahiran Sayyidah Zainab binti Ali yang merupakan hari jururawat dalam taqwim Iran.
Dalam ucapan beliau yang mendapat liputan televisyen dan radio ini, beliau menegaskan golongan jururawat sanggup berkorban demi memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. Mereka ini ibarat malaikat yang menjelma di kalangan rakyat untuk menolong pesakit.
Tambah beliau lagi, pekerjaan mencabar jururawat di era ini ialah membendung penyebaran penyakit mematikan. Ini merupakan kepahlawanan mereka yang membuatkan orang menyedari betapa pentingnya dan tingginya nilai pekerjaan mereka.
Semalam Iran merayakan ulang tahun ulang tahun kelahiran Sayyidah Zainab, puteri pertama Imam Ali (a.s), yang menjadi sempena Hari Jururawat Kebangsaan di negara Iran bertepatan pada 5 haribulan Islam Jamadi al-Awwal, yang jatuh pada 20 Disember tahun ini.
Menurut sejarah Muslim, Sayyidah Zainab yang merupakan salah seorang tawanan dalam perang Karbala.
Sebelum itu, wakil Menteri Kesihatan untuk jururawat, Maryam Hazrati mengatakan 80,856 jururawat, sama dengan 65 peratus perawat di bahagian awam, kini telah berada di barisan depan untuk menjaga pesakit koronavirus.
Beliau menjelaskan jururawat yang mempunyai rekod masalah fizikal, mempunyai anak, atau memiliki sistem kekebalan tubuh yang lemah juga dimasukkan dalam program untuk memerangi coronavirus.
Selain itu menurut penyelidikan, keletihan dan kesedihan jelas terlihat di komuniti jururawat dan itu dikeranakan hubungan rapat dengan pesakit koronavirus, bukan kerana berjauhan dengan keluarga mereka untuk tempoh waktu yang lama. Faktor lain juga ialah kesukaran melaksana pekerjaan, atau takut terhadap virus.
------------------------
177