29 Julai 2025 - 19:24
Malaysia Bertindak Sebagai Orang Tengah Dalam Menyelesaikan Konflik Kemboja-Thailand

Berikutan persengketaan terkini di antara negara Thailand dan Kemboja, Malysai memainkan peranan dengan menjadi orang tengah bagi menyelesaikan konflik di antara kedua-dua negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Ketegangan di antara Kemboja dan Thailand memuncak berdasarkan laporan yang dikeluarkan Menteri Kementerian Luar Kemboja yang menyatakan pada malam ۲۴ Julai, tentera Thailand telah melangkaui sempadan di perbatasan di wilayah Preah Vihar. Di situ terdapat Kuil Preah Vihar, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCo, sebuah tapak warisan yang menjadi perebutan sejak puluhan tahun.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, telah mengadakan mesyuarat kecemasan dengan pegawai tentera bagi membincangkan langkah seterusnya, sambil menyerahkan penyelesaian secara diplomatik. “Kami komited untuk mengekalkan keamanan, tetapi hak kami tidak akan dikompromi,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Di seberang sempadan, kerajaan Thailand pula menegaskan bahawa mereka akan bekerjasama dengan pihak ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelesaikan pertikaian ini secara aman. “Kami tidak mahu eskalasi, tetapi kami juga akan mempertahankan kepentingan nasional kami,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand.

Malaysia, sebagai salah satu negara tunjang ASEAN, mengambil langkah prokatif bagi meredakan ketegangan tersebut dengan mengadakan pertemuan di tanah Malaysia untuk membuat perjanjian gencatan senjata dengan hasrat supaya konflik ini ditamatkan serta merta. 

Ini merupakan konflik terbesar di antara kedua buah negara terbabit setelah lebih dari sedekad tanpa pertempuran yang juga mencatatkan kemalangan jiwa sebanyak ۳۸ orang dan ratusan yang terpaksa meninggalan rumah masing-masing di atas risiko yang memuncak.

Your Comment

You are replying to: .
captcha