4 November 2025 - 18:35
Seorang Anggota Al-Hashd Al-Sha'abi Syahid Akibat Letupan Bom di Baghdad

Letupan bom peninggalan kumpulan pengganas ISIS di sebuah markas Al-Hashd Al-Sha'bi Iraq di Baghdad telah mengakibatkan syahidnya seorang anggota pertubuhan tersebut.

Agensi Berita Antarabangsa Ahlul Bait (ABNA): Pertubuhan Al-Hashd Al-Sha'bi Iraq mengumumkan pada Selasa ini bahawa seorang anggotanya telah syahid akibat letupan ketika menjalankan tugas di kawasan Jarf Al-Naddaf, Baghdad.

Berdasarkan kenyataan Al-Hashd Al-Sha'bi, letupan ini juga menyebabkan dua orang lain cedera.

Al-Hashd Al-Sha'bi menerangkan bahawa letupan ini berpunca daripada bahan letupan peninggalan kumpulan pengganas ISIS yang diletakkan di dalam salah sebuah markas Al-Hashd Al-Sha'bi.

Sambil menyebutkan bahawa langkah-langkah perlu telah diambil, pertubuhan ini menekankan bahawa usaha membersihkan kawasan-kawasan daripada sisa-sisa bahan pengganas akan diteruskan.

Your Comment

You are replying to: .
captcha