21 Februari 2011 - 20:30

Seorang aktivis politik di Libya mendakwa sebuah pesawat kecil telah membawa Imam Musa Sadr keluar dari Libya pagi kelmarin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ketika kerajaan Libya pimpinan Muammar Ghaddafi hampir tumbang, seorang aktivis politik Libya bernama Sami al-Musrati dalam satu panggilan telefon kepada televisyen al-'Alam mendakwa, "Hari ini, Isnin, sebuah pesawat kecil membawa Imam Musa Sadr keluar dari negara ini".

Beliau menambah, "Saksi mata pagi tadi melihat Syaikh Imam Musa Sadr dipindahkan ke suatu tempat yang tidak diketahui dengan sebuah pesawat".

Sebelum ini, penentang kerajaan Libya Isa Abdul Majid Mansur berkata, "Imam Musa Sadr masih hidup dan akan dibawa ke selatan Lubnan".

Beliau menambah, "Maklumat yang kami perolehi sangat kukuh dan meyakinkan, sehingga informasi daripada pegawai penjara juga telah kami perolehi".

Dengan adanya kemungkinan Imam Musa Sadr masih hidup, beberapa organisasi diperingkat antarabangsa akan digesa untuk mengawasi perkara ini.

Ayatullah Imam Musa Sadr ialah seorang pemimpin Syiah Lubnan yang diculik oleh pasukan keselamatan negara ini dan hilang sejak 25/8/1978