6 Jun 2011 - 19:30

Kisah penyair Bahrain yang diseksa kejam oleh kerajaan Bahrain mendapat liputan berita utama akhbar berbahasa Inggeris The Independent.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) – Ahkbar The Independent di london, bil. ke-2 bulan Jun 2011, halaman 3-4 telah membuat liputan berita kisah penyair yang diseksa kejam di penjara Bahrain.Akhbar ini menulis, “Ayat al-Qermezi seorang mahasiswi dan penyair berusia 20 tahun, dua bulan lalu telah ditangkap dan diseksa setelah membaca syair dalam sebuah perhimpunan pro-demokrasi Bahrain. Pihak berkuasa turut mengancam akan membunuh saudara lelakinya jikalau beliau meneruskan perjuangan.Akhbar ini menambah, “Ayat tidak lagi dilihat sejak ditangkap, namun ibunya pernah satu kali berbicara dengannya dalam panggilan telefon, beliau berkata kepada ibunya bahawa ia dipaksa menandatangani pengakuan palsu. Kata ibunya, beliau pernah dikejarkan ke hospital tentera akibat diseksa”.Akhbar ini melaporkan kekejaman polis Bahrain terhadap wanita, antaranya ialah, “Banyak bukti tentang kekejaman ini, pegawai-pegawai Bahrain memisahkan tahanan wanita dari dunia luar dan memaksa mereka menandatangani pengakuan-pengakuan, jika tidak mereka akan diperkosa”.Laporan akhbar ini bersamaan dengan tarikh perbicaraan Ayat al-Qermezi sedangkan mahkamah telah beberapa kali menangguhkan perbicaraannya tanpa sebab.