13 September 2013 - 19:30
Hukuman berat untuk Syiah di Kedah

Tuanku Sultan Abdul Halim Muazam Shah semakin bimbang terhadap peningkatan jumlah pengikut mazhab Syiah di negeri Kedah dan baginda menyatakan harapan agar hukuman berat dikenakan ke atas mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang menjawat kedudukan Yang Dipertuan Agong Malaysia mengarahkan hukuman berat dikenakan ke atas pengikut mazhab Syiah di negeri Kedah Darulaman.

Mufti Kedah berkata, Tuanku Sultan mahu pihaknya dan agensi-agensi agama di Kedah menangani masalah ini dengan segera.

Baru-baru ini Jabatan Agama Islam Perak menahan sekurang-kurangnya 6 individu atas tuduhan memiliki dokuman dan bahan yang berkaitan dengan ajaran Syiah.