
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan jenayah yang dilakukan oleh golongan Wahabi di berbagai negara, Setiausaha Agung Majma' Jahani Ahlul Bait berkata, "Para penjenayah Al Saud dan mufti Wahabi yang jahil mempermainkan agama dan menghina hukum hakam Islam."
Hujjatul Islam Wal Muslimin Muhammad Hasan Akhtari berkata demikian dalam upacara perasmian Persidangan Antarabangsa Velayat II di Ahwaz. Sambil menceritakan kedudukan dunia Islam hari ini beliau berkata, "Hari ini kewajipan besar yang ditanggung para ulama Islam ialah bangun menghadapi penyelewengan Wahabisme dengan pemikiran dan ideologi."
"Yang perlu diberi perhatian oleh media-media, para ulama dan pemikir ialah Al Saud selaku markaz rekrut dan pengajian Wahabisme dalam dunia Islam. Usaha gigih perlu dilakukan dalam menghadapi mereka," ujar beliau.
Hujjatul Islam Wal Muslimin Akhtari juga menegaskan golongan Wahabi telah menyelewengkan fakta-fakta sejarah demi mencapai misi mereka dan sudah menjadi tanggungjawab para ulama Islam untuk bangun menyelamatkannya.
Beliau turut mendedahkan bahawa gerakan Wahabisme telah mengirim ejen-ejen Takfiri mereka di negara Pakistan, Iraq, Afghanistan dan Syria. Tambahnya lagi, "Kekejaman yang dilakukan oleh golongan Takfiri di beberapa negara Islam merupakan sebuah gambaran yang lebih gelap dari seekor haiwan untuk tatapan dunia."