Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Gabenor wilayah Nineveh, Iraq mengatakan bahawa beribu-ribu keluarga Kristian yang sebelum ini menjadi pelarian telah kembali ke bandar strategik Mosul sejak pasukan tentera kerajaan dan para pejuang sukarelawan dari Unit Mobilisasi Popular berjaya secara sepenuhnya membebaskan bandar itu daripada cengkaman pengganas Takfiri Daesh.
Nawfal Hammadi pada hari Ahad berkata bahawa lebih daripada 4,000 buah keluarga telah pulang ke ibu kota wilayah yang terletak kira-kira 400 kilometer (250 batu) dari ibukota Baghdad.
Hammadi menambah bahawa kebanyakan keluarga beragaman Kristian tersebut sebelum itu telah memohon perlindungan di wilayah berautonomi separa Kurdistan ketika pasukan pengganas Takfiri Daesh mula menakluki kawasan tempat tinggal mereka sekaligus memaksa mereka untuk melarikan diri.
Pegawai itu menegaskan bahawa kini terdapat sebilangan kecil keluarga Kristian yang masih menetap di wilayah Erbil. Menurut beliau, mereka semua dijangka akan kembali ke Mosul selepas persekolahan tamat.
Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi pada 9 Disember tahun lepas mengisytiharkan penngakhiran operasi ketenteraan terhadap kumpulan pengganas Daesh di negara Arab tersebut.
Abadi pada 10 Julai lepas juga secara rasmi mengisytiharkan kemenangan pasukan keselamatan negara itu terhadap kumpulan pelampau Daesh di Mosul; Bandar yang pernah menjadi kubu kuat utama kumpulan pengganas Takfiri di negara Arab tersebut.
Selepas kejayaan di Mosul, tentera kerajaan Iraq dan pasukan sukarelawan Hashd al-Sha'abi meneruskan kemaraan mereka di kawasan lain.
Pasukan tentera kerajaan Iraq berjaya membebaskan timur Mosul pada Januari 2017 selepas pertempuran selama 100 hari. Selepas itu mereka mula melancarkan pertempuran di barat bandar tersebut pada 19 Februari tahun lepas.
Daesh memulakan kempen keganasan di Iraq pada tahun 2014 dan mula merampas beberapa wilayah kritikal di negara tersebut.
25 Mac 2018 - 13:42
News ID: 886903
Gabenor wilayah Nineveh, Iraq mengatakan bahawa beribu-ribu keluarga Kristian yang sebelum ini menjadi pelarian telah kembali ke bandar strategik Mosul sejak pasukan tentera kerajaan dan para pejuang sukarelawan dari Unit Mobilisasi Popular berjaya secara sepenuhnya membebaskan bandar itu daripada cengkaman pengganas Takfiri Daesh.