22 Januari 2019 - 17:28
Iran Bantah Penarikan Lesen Mahan Air Di Jerman

Republik Islam Iran telah membantah langkah pihak berkuasa Jerman untuk membatalkan lesen Mahan Air untuk beroperasi di negara Eropah itu sambil menyifatkan bahawa tindakan itu dibuat secara "terburu-buru dan tidak memiliki alasan yang kukuh."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Republik Islam Iran telah membantah langkah pihak berkuasa Jerman untuk membatalkan lesen Mahan Air untuk beroperasi di negara Eropah itu sambil menyifatkan bahawa tindakan itu dibuat secara "terburu-buru dan tidak memiliki alasan yang kukuh."

Iran turut berkata bahawa keputusan itu sama sekali bertentangan dengan hubungan baik yang selama ini terjalin di antara kedua-dua buah negara tersebut.

"Tidak syak lagi, tiada logik dan alasan boleh membenarkan sikap berat sebelah yang dibuat berdasarkan data palsu...," kata Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi pada hari Selasa.

Beliau menambah bahawa Jerman mungkin mengambil tindakan tersebut selepas "menilai 'dan memproses' maklumat salah yang dibekalkan oleh pihak (ketiga) yang tidak berpuas hati dengan hubungan di antara kedua-dua buah negara." -Press TV