Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Ketua Setiausaha Palang Merah Lubnan hari ini berkata, mangsa letupan di Pelabuhan Beirut pada Selasa meningkat kepada 100 orang dan lebih 4,000 lagi cedera, lapor Agensi Anadolu.
Dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen Lubnan, LBC, George Kettaneh berkata, hospital-hospital Beirut tidak lagi mampu menampung jumlah korban yang semakin meningkat.
Beliau menambah jumlah korban meningkat kepada 100 dan lebih 4,000 cedera dengan sebahagiannya masih berada di bawah runtuhan. - Bernama
5 Ogos 2020 - 16:33
News ID: 1060584

Ketua Setiausaha Palang Merah Lubnan hari ini berkata, mangsa letupan di Pelabuhan Beirut pada Selasa meningkat kepada 100 orang dan lebih 4,000 lagi cedera, lapor Agensi Anadolu.