Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Gabenor Beirut, Marwan Abboud menganggarkan jumlah kerosakan akibat letupan di pelabuhan bandar itu sekitar USD3-5 bilion, lapor agensi berita Sputnik.
Letupan berkenaan menggegarkan bandar itu pada Selasa. Menurut pihak berkuasa, ia disebabkan oleh penyimpanan 2,750 tan metrik ammonium nitrat dengan cara yang salah.
"Anggaran kerosakan antara USD3 dan 5 bilion," kata gabenor, seperti yang dipetik oleh penyiar LBCI, dan ia berkemungkinan lebih tinggi.
Menurut pegawai itu, ratusan penduduk tidak mempunyai rumah setelah letupan itu. - Bernama
source : Bernama
Rabu
5 Ogos 2020
4:43:41 PTG
1060585
Tragedi Letupan Beirut: Kerugian Dianggarkan USD 5 Bilion

Gabenor Beirut, Marwan Abboud menganggarkan jumlah kerosakan akibat letupan di pelabuhan bandar itu sekitar USD3-5 bilion, lapor agensi berita Sputnik.