Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Jumaat

21 Ogos 2020

3:54:17 PTG
1064393

Orang Kuat Trump Ditangkap Atas Dakwaan Menipu

Bekas pakar strategi Donald Trump, Steve Bannon ditahan dan didakwa semalam bersama tiga yang lain atas tuduhan melakukan penipuan ribuan dolar dalam kempen membina pagar sempadan dengan Mexico.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Bekas pakar strategi Donald Trump, Steve Bannon ditahan dan didakwa semalam bersama tiga yang lain atas tuduhan melakukan penipuan ribuan dolar dalam kempen membina pagar sempadan dengan Mexico.

Penahanan itu dijangka memberi tamparan hebat kepada Trump yang mahu mempertahankan jawatan presiden bagi penggal kedua.

Bannon mengaku tidak bersalah terhadap satu dakwaan konspirasi untuk melakukan penipuan dalam talian.

Dia juga dituduh dengan satu tuduhan konspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram dan mengaku tidak bersalah, menurut media AS.

Dakwaan itu difailkan oleh Pejabat Peguam Negara AS di Daerah Selatan New York.

Bannon kemudian dibebaskan dengan wang ikat jamin sebanyak AS$5 juta (RM20.88 juta).

Kempen pembinaan pagar dalam talian itu berjaya mengutip wang sebanyak AS$25 juta (RM104.42 juta), kata pihak pendakwa raya.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka menyelewengkan wang tersebut.

Trump ketika memberikan komen berhubung plot itu berkata: "Tidak tahu apa-apa mengenai projek tersebut."

Bannon menjadi salah seorang pakar strategi Trump sebelum ahli perniagaan terkemuka itu menang pilihan raya Presiden AS pada tahun 2017.- Agensi