AhlolBayt News Agency (ABNA)

source : ABNA24.com
Jumaat

30 April 2021

8:08:15 PTG
1136452

Penjajahan Zionis halang ribuan rakyat Palestin solat di Al-Aqsa

Pasukan rejim Zionis menghalang mereka untuk melakukan solat Jumaat, dengan alasan tidak mendapat izin khas

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pasukan rejim Zionis kelmarin, Jumaat, menghalang rakyat Palestin memasuki kota jajahan Jerusalem, untuk menunaikan solat Jumaat ketiga bulan Ramadhan di Masjid Al-Aqsa dengan alasan tidak munasabah.

Salah seorang rakyat Palestin berkata, "Pasukan penjajah menghalang mereka untuk solat Jumaat, dengan alasan tidak mendapat izin khas."

Pemerintah rejim telah menetapkan bahawa mereka yang ingin bersolat di masjid perlu mendapatkan vaksin anti-korona virus.

Dalam masa yang sama, alasan ini dikatakan hanyalah dalih bagi menghalang rakyat Palestin masuk ke masjid tersebut. Namun pihak rejim mengizinkan sejumlah kecil memasuki Jerusalem dan mendirikan pusat pemeriksaan tentera di Tebing Barat yang dijajah.