Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Jumaat

30 April 2021

10:44:50 PTG
1136453

Analisis majalah Foreign Policy;

Mengapa Bin Salman beriya-iya mahukan rundingan dengan Iran?

Majalah Amerika “Foreign Policy” menyifatkan perubahan mendadak nada Putera Mahkota Saudi mengenai Iran sebagai tanda pengaktifan diplomasi serantau.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Majalah Foreign Policy meninjau kenyataan terbaru Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman mengenai Iran.

Persoalannya ialah, "Apa yang menyebabkan perubahan 180 darjah sikap Mohammad bin Salman terhadap Iran?" Majalah ini menganalisis, "Suatu faktor yang lebih penting lain daripada yang lain, dan itu adalah tanda-tanda bahawa semakin Amerika Syarikat secara serius cuba mengalihkan perhatiannya dari Timur Tengah. Inilah yang tidak pernah dilakukan oleh Amerika seperti sebelumnya, demi terus meyakinkan sekutu-sekutu keselamatannya, agar mereka akan bersikap memberi sokongan penuh kepada Washington tanpa syarat.

Selanjutnya majalah ini mendakwa bahawa pengunduran Washington dari bersekutu dengan wilayah Timur Tengah telah memaksa kuasa serantau beralih kepada keupayaan diplomatik mereka.

Ini bertentangan dengan ramalan pesimis mengenai struktur dasar luar AS, iaitu tatkala proses penarikan tentera AS dari rantau ini sudah bermula, maka bukan sekadar tidak wujud kekacauan, tetapi diplomasi serantau juga diaktifkan.

Sambil memetik beberapa laporan Foreign Policy menulis, "Sejak Januari, sekurang-kurangnya lima pertemuan telah diadakan antara Iran dan negara-negara di rantau ini, tidak sekadar Arab Saudi semata-mata, malah perwakilan dari UAE, Jordan dan Mesir juga turut serta. Rundingan itu, memfokuskan pada perang Yaman, termasuk juga membincangkan situasi di Syria dan Lubnan.

"Sudah tentu, masih ada kemungkinan terjadi kegagalan pencapaian dalam rundingan ini yang cuba merapatkan jurang konflik antara Iran dan musuh-musuh Arabnya, tetapi beberapa faktor menunjukkan bahawa perbincangan ini ada asas yang diperlukan untuk mengubah cakrawala hubungan Saudi dengan Iran dan seterusnya, ruang lingkup keamanan umum.

Realitinya rundingan-rundingan ini diadakan dengan penyertaan beberapa kekuatan serantau yang menunjukkan ia melebihi dari dialog kawasan yang amat penting berbanding dialog dua hala bagi meredakan ketegangan.

Anehnya, kawasan Timur Tengah tidak bersifat institusi, yang bererti tidak memiliki gagasan organisasi wilayah atau masyarakat yang dapat memicu dan mengatur dialog multilateral demi mengurangkan ketegangan dan memberikan pilihan bagi menenangkan dan menguruskan ketidakpercayaan.

Foreign Policy melanjutkan, “Faktor optimisme kedua adalah bahawa rundingan awal ini nampaknya dimulakan dan diterajui oleh inisiatif kekuatan wilayah itu sendiri, ertinya, kuasa di luar wilayah tidak memaksakan atau mengarahkan mereka. Dalam proses ini, kepemimpinan dan perlaksanaan kawasan serantau adalah syarat asas untuk kejayaan dan kesinambungannya. Sudah tentu ini tidak bermaksud Amerika Syarikat menjadi dalang dalam proses ini.

Sebenarnya, Timur Tengah menjadi keutamaan bagi pentadbiran Biden kerana dapat mencari jalan untuk mengurangkan kehadirannya di sana, dan itulah punca mengapa tiba-tiba diplomasi menjadi pilihan sekutu keselamatan AS di Timur Tengah.

Laporan itu menambah, “Pentadbiran Trump juga membunuh dialog Iran-Arab Saudi dengan pembunuhan Jeneral Qassem Soleimani. Pemerintahannya telah berjanji untuk berdepan dengan Iran, sementara Arab Saudi juga bersetuju untuk menolak diplomasi Arab Saudi dan Iran."

Oleh itu, ia merupakan sebuah teladan yang jelas bagi Washington. Sekiranya Amerika Syarikat mengambil langkah mengundurkan tenteranya, maka rakan serantau akan terdorong untuk mengambil langkah diplomatik.

Pada akhirnya, menurut Foreign Policy, terserah kepada kekuatan serantau untuk membuat rundungan ini sehingga berjaya, dan ini adalah permainan menang-menang untuk Amerika Syarikat dan Timur Tengah.

------------------

177