Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian.com.my
Jumaat

17 Februari 2023

9:20:15 PTG
1347145

Parti pemerintah Turkiye tidak bercadang tangguhkan pilihan raya

ANKARA: Parti Keadilan dan Pembangunan yang memerintah Turkiye tidak membincangkan mengenai penangguhan pilihan raya umum, maka dua tarikh yang dipilih sebelum ini kekal tidak berubah, lapor Sputnik memetik akhbar Hurriyet pada Jumaat.

Presiden Recep Tayyip Erdogan mahu pengundian dijalankan pada 14 Mei manakala beberapa ahli parti mahukan ia dibuat pada 18 Jun.

Belum ada keputusan atau hasrat untuk menukar tarikh pilihan raya parlimen dan presiden, lapor akhbar itu.

Pada minggu lalu, ketua parti pembangkang Meral Aksener berkata pilihan raya mungkin ditangguhkan dari 14 Mei kepada 18 Jun ekoran gempa bumi dasyat yang melanda Turkiye.

Pembangkang menggesa parti pemerintah supaya tidak menjadikan bencana itu sebagai alasan untuk menangguhkan pilihan raya.

Pada Khamis, stesen penyiar Haberturk melaporkan bahawa pilihan raya umum di negara itu boleh ditangguhkan untuk tempoh enam bulan hingga setahun, dengan majlis pilihan raya dijangka membenarkan penangguhan itu atas permintaan parti pemerintah. - BERNAMA


342/