Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : https://www.bharian.com.my/
Isnin

27 Mac 2023

12:57:24 PTG
1354589

Umrah hanya dibenarkan sekali sahaja semasa Ramadan

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan jemaah tidak dibenarkan untuk mengulang menunaikan umrah pada bulan Ramadan dan dibenarkan untuk mengerjakannya hanya sekali sahaja.

Memetik laporan media Saudi Gazette, langkah terbabit bagi memberi peluang kepada jemaah lain untuk menunaikan umrah pada bulan Ramadan.

Kementerian itu juga menegaskan keperluan untuk kesemua jemaah mendapatkan permit daripada aplikasi Nusuk bagi menunaikan umrah.

Ini selain pentingnya mereka hadir pada masa yang ditetapkan.Menurut kementerian terbabit, tiada ciri khas untuk meminda tarikh umrah. Bagaimanapun, jemaah boleh membatalkan temu janji melalui aplikasi Nusuk sebelum mengeluarkan permit waktu yang baru. Kementerian berkenaan turut mengesahkan bahawa aplikasi Nusuk dikemas kini secara berkala. Sekiranya jemaah tidak mendapat tarikh tempahan, mereka boleh mencari tarikh lain pada masa akan datang. -

342/