Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : www.bharian.com.my/dunia/asia
Selasa

22 Ogos 2023

6:52:26 PTG
1388719

6 askar, 4 militan terbunuh dalam pertempuran di Pakistan

ISLAMABAD: Enam askar dan empat militan terbunuh dalam pertempuran sengit di Waziristan Selatan Pakistan, berhampiran sempadan Afghanistan, menurut tentera semalam.

Dikatakan, Taliban Pakistan, yang sering menokok tambah kejayaan mereka, mengaku bertanggungjawab atas serangan dan mendakwa membunuh 18 tentera.

Negara itu menyaksikan peningkatan mendadak dalam serangan militan sejak Taliban Afghanistan kembali berkuasa di negara jiran Afghanistan pada 2021.

Sayap publisiti tentera Pakistan berkata, empat pengganas maut ketika serangan itu.

342/