Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian.com.my/
Selasa

22 Ogos 2023

6:53:19 PTG
1388720

Imran Khan bakal didakwa bocorkan rahsia negara

ISLAMABAD: Pihak berkuasa Pakistan membuka kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Imran Khan atas dakwaan membocorkan rahsia negara selepas menamakannya dan tiga pegawai dalam satu kes baharu, kata sumber keselamatan.

Perkara itu yang kini dalam siasatan, berkait kabel rahsia dihantar ke Islamabad oleh duta Pakistan di Washington pada awal tahun lalu yang didakwa didedahkan kepada umum oleh Imran.

Bekas pemain kriket berusia 70 tahun itu mendakwa kabel berkenaan sebahagian daripada konspirasi Amerika Syarikat (AS) untuk mendesak tentera Pakistan supaya menggulingkannya dalam undian tidak percaya Parlimen pada 2022 kerana beliau melawat Moscow, sebelum Russia melancarkan serangan terhadap Ukraine.

Washington dan tentera Pakistan masing-masing menafikan dakwaan itu.

342/