Memetik kenyataan berbahasa Arab suruhanjaya berkenaan pada Ahad, WAFA melaporkan tentera Zionis Israel menahan lebih 3,200 rakyat Palestin dalam tempoh 8 Oktober hingga 14 November, dengan angka tertinggi dari Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis.
Ini termasuk lebih 200 remaja dan kanak-kanak, 78 wanita selain ratusan orang sakit dan cedera yang masih memerlukan rawatan.
"Seramai 29 daripada 41 wartawan yang ditangkap masih dalam tahanan sejak 7 Oktober," menurut kenyataan itu.
Menurut WAFA, tentera Zionis Israel mula mempergiat operasi penangkapan di lapangan sehari selepas konflik Israel-Gaza memuncak pada 7 Oktober, termasuk melakukan serbuan ke premis-premis awam, merosak dan memusnahkan rumah penduduk di Gaza selain memukul keluarga tahanan.
342/