Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mahu menjalankan siasatan sepenuhnya terhadap dakwaan jenayah dilakukan oleh Myanmar terhadap etnik Muslim Rohingya, termasuklah membunuh dan mengusir kaum terbabit.
Tindakan pendakwa raya tersebut, Fatou Bensouda itu hadir selepas beliau melancarkan pemeriksaan awal terhadap dakwaan operasi penghapusan etnik tentera Myanmar pada September tahun lalu.
Bensouda akan menyerahkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk membuka kertas siasatan berhubung isu berkenaan.
Menurut ICC dalam satu kenyataan dikeluarkan, hakim akan menentukan sama ada untuk meluluskan permohonannya atau tidak. - AFP
source : Utusan
Rabu
26 Jun 2019
6:14:06 PTG
955367
Pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mahu menjalankan siasatan sepenuhnya terhadap dakwaan jenayah dilakukan oleh Myanmar terhadap etnik Muslim Rohingya, termasuklah membunuh dan mengusir kaum terbabit.