Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Ahad

30 Jun 2019

3:11:22 PTG
956413

Pentas Antarabangsa Selesai Isu Pilpres?

Tuntutan pertikaian keputusan pilihan raya Presiden (Pilpres) Indonesia berkemungkinan akan dibawa ke peringkat mahkamah antarabangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tuntutan pertikaian keputusan pilihan raya Presiden (Pilpres) Indonesia berkemungkinan akan dibawa ke peringkat mahkamah antarabangsa.

Idea itu dicetuskan oleh bekas penasihat Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) yang juga penyelaras lapangan Gerakan Nasional Kedaulatan Rakyat, Abdullah Hehamahua.

BBC Indonesia memetik Abdullah sebagai berkata, pihaknya akan membuat laporan berhubung sistem penghitungan atau Sistem Informasi Penghitungan Suara Komisi Pemilihan Umum (Situng KPU) ke mahkamah antarabangsa.

Menurutnya, laporan itu dilakukan kerana mahkamah antarabangsa boleh menjalankan audit forensik terhadap sistem teknologi maklumat KPU bagi melihat sejauh mana ‘penipuan’ dilakukan dalam Situng.

Bagaimanapun, pakar undang-undang di Chatham House, London, Agantara­nansa Juanda berkata, jika mahkamah antarabangsa itu dimaksudkan sebagai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ), perkara itu adalah mustahil.

Jelasnya, ini dise­babkan ICJ hanya mempunyai dua bidang kuasa iaitu memutuskan pertikaian antara dua negara dan memberi nasihat undang-undang terhadap organisasi antarabangsa.

“Pertikaian itu perlulah lintas sempadan, seperti contohnya pertikaian Sipadan-Ligitan ke­rana berkaitan de­ngan tuntutan wilayah yang sah antara Malaysia dan Indonesia.

“Pertikaian mengenai pilihan raya adalah masalah dalam sesebuah negara, jadi tidak boleh dibawa ke ICJ,” jelas Agantara­nansa.

Dalam perkemba­ngan berkaitan, Tim Kempen Nasional (TKN) Joko Widodo atau Jokowi-Ma’ruf Amin menyifatkan adalah lebih baik untuk calon Presiden (capres) nombor dua, Prabowo Subianto mengucapkan tahniah kepada Jokowi selepas Mahkamah Konstitusi (MK) menolak tuntutannya berhubung pertikaian keputusan Pilpres semalam.