Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Jumaat

27 September 2019

5:20:24 PTG
978499

Trump Kurangkan kemasukan Pelarian

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merancang untuk mengurangkan program penempatan semula pelarian di negara itu kepada 18,000 orang berbanding jumlah semasa 30,000.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merancang untuk mengurangkan program penempatan semula pelarian di negara itu kepada 18,000 orang berbanding jumlah semasa 30,000.

Menerusi kenyataan Jabatan Negara cadangan tersebut adalah kesinambungan negara itu untuk membantu mereka yang memerlukan selain memikul tanggungjawab utama iaitu melindungi rakyat AS.

Sebelum memuktamadkan perubahan kemasukan pelarian, pentadbiran Trump telah berunding dengan Kongres namun kuasa membuat keputusan terletak di tangan Rumah Putih.

Jumlah semasa 30,000 orang adalah paling rendah sejak penubuhan program terbabit pada tahun 1980 dan kemasukan paling ramai adalah ketika pemerintahan bekas presiden Barack Obama sebanyak 85,000 orang. - AFP