Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Rabu

27 November 2019

5:59:29 PTG
989764

Penyerang Tembak Diri, Selepas Serang 2 Lelaki

Dua orang menjadi mangsa tembakan seorang lelaki di tempat letak kereta di sekolah rendah, Vancouver, Washington sebelum suspek diburu polis, kata pihak berkuasa yang menyifatkan kejadian itu sebagai keganasan domestik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua orang menjadi mangsa tembakan seorang lelaki di tempat letak kereta di sekolah rendah, Vancouver, Washington sebelum suspek diburu polis, kata pihak berkuasa yang menyifatkan kejadian itu sebagai keganasan domestik.

Pegawai pejabat Sheriff Daerah Clark, Sarjan Brent Waddell berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 3.15 petang (waktu tempatan) apabila seorang lelaki menghampiri sebuah kenderaan di tempat letak kereta, lalu melepaskan tembakan ke arah tingkap.

Waddell berkata, sebaik saja polis mendapat maklumat, suspek dan kenderaanya terus diburu. Kereta suspek berjaya dijejak dan ditahan. Dia diarahkan keluar daripada kenderaan.

“Ketika dicabar oleh pegawai, dia meletakkan pistol di kepala lalu melepaskan tembakan,” katanya.

Waddell menolak untuk memberi sebarang ulasan berhubung keadaan mangsa atau suspek. Beliau hanya mengesahkan ketiga-tiga mereka sudah dibawa ke hospital.

Menurut Waddell terdapat perintah penahanan antara suspek dan seorang daripada mangsa kerana suspek baru dibebaskan daripada penjara beberapa hari lalu.

Sementara itu, tidak ada pelajar mahupun kakitangan sekolah yang cedera ketika kejadian di luar Sekolah Rendah Sarah J. Anderson, kata pejabat Sheriff dan pihak berkuasa sekolah Vancouver. - Reuters