15 Januari 2020 - 18:37
Roket Katyusha Langgar Kem Tentera A.S Di Iraq

Tentera Iraq mengesahkan bahawa sebuah pangkalan udara di utara ibukota Baghdad yang menempatkan pasukan gabungan pimpinan Amerika Syarikat -yang menurut Washington terlibat dalam operasi basmi elemen Daesh Takfiri- telah diserang dengan roket Katyusha.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Iraq mengesahkan bahawa sebuah pangkalan udara di utara ibukota Baghdad yang menempatkan pasukan gabungan pimpinan Amerika Syarikat -yang menurut Washington terlibat dalam operasi basmi elemen Daesh Takfiri- telah diserang dengan roket Katyusha.

Tentera Iraq pada hari Selasa mengatakan bahawa Kem Taji telah diserang dengan roket Katyusha. Tiada korban dilaporkan dalam serangan itu.

Kenyataan itu tidak mengatakan jumlah roket yang melanda pangkalan tentera tersebut dan setakat ini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Tentera Iraq pada hari Ahad juga mengatakan bahawa seramai empat orang anggota tentera mengalami kecederaan selepas lapan roket Katyusha melanggar Pangkalan Udara Balbas yang turut menempatkan anggota A.S.

Serangan-serangan itu berlaku selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas dua kompleks tentera Amerika Syarikat pada minggu lalu. Serangan itu dibuat sebagai respon terhadap jenayah A.S yang membunuh Jeneral Pasukan Quds Iran, Haji Qasem Soleimani bersama dengan Naib Ketua Gerakan Mobilisasi Popular Iraq, Abu Mahdi.

Ketegangan di rantau itu meningkat secara mendadak sejak pembunuhan Jeneral Soleimani dengan Iran mengaktan bahawa respon yang setimpal di atas pembunuhan pegawai kanan tentera mereka adalah dengan menghalau A.S dari rantau ini secara keseluruhan. -Agensi