Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Taliban berkata bahawa mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat di wilayah Ghazni, Afghanistan pada hari Isnin, sekaligus membunuh semua kru kapal.
"Pesawat yang ditugaskan dalam misi perisikan diterbangkan ke kawasan Sado Khel di daerah Deh Yak, Ghazni," kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid sambil menambah bahawa semua anggota yang berada di dalam pesawat tersebut, termasuk pegawai kanan telah terbunuh.
Bangkai pesawat yang terhempas hari ini di Afghanistan kelihatan seperti pesawat yang dioperasikan oleh Angkatan Udara Amerika Syarikat dari jenis Bombardier Global 6000 / E-11A "BACN" (Battlefield Airborne Communications Node).
Menurut Taliban, antara yang terbunuh termasuk pegawai kanan CIA.
Imej foto yang didakwa diambil daripada bangkai pesawat tersebut menunjukkan pesawat yang memiliki simbol Angkatan Udara A.S dan secara zahirnya kelihatan serupa dengan pesawat pengawasan E-11A. -Agensi
27 Januari 2020 - 19:42
News ID: 1006025
Taliban berkata bahawa mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat di wilayah Ghazni, Afghanistan pada hari Isnin, sekaligus membunuh semua kru kapal.