Agensi Berita Ahlul bait - ABNA - Para peserta tunjuk perasaan di Beirut, Lubnan berkumpul di bandar tersebut bagi membantah tindakan campur tangan Washington dalam hal ehwal domestik negara Arab itu selepas Duta AS, Dorothy Shea membuat komen negatif terhadap gerakan Hezbollah.
Para peserta tunjuk perasaan yang berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat yang terletak di dalam kejiranan Awkar di Beirut pada hari Jumaat mengibarkan bendera Hezbollah sambil melaungkan slogan pro-Hezbollah.
Mereka turut melaungkan bantahan terhadap dasar AS di rantau Timur Tengah.
Para peserta demonstrasi turut membakar bendera AS sambil menggelar Amerika Syarikat sebagai "ibu keganasan."
Penunjuk perasaan dilaporkan telah melontarkan batu terhadap polis rusuhan yang ditemparkan berdekatan dengan bangunan Kedutaan AS.
Mereka dipisahkan dengan kawat duri sebagai langkah-langkah keselamatan tambahan.
Beberapa penunjuk perasaan dilaporkan cuba untuk memutuskan kawat berduri sebelum digagalkan oleh pihak berkuasa yang menggunakan meriam air.
Polis rusuhan akhirnya mengiringi orang ramai meninggalkan kawasan Kedutaan. -Press TV
11 Julai 2020 - 15:09
News ID: 1054422
Para peserta tunjuk perasaan di Beirut, Lubnan berkumpul di bandar tersebut bagi membantah tindakan campur tangan Washington dalam hal ehwal domestik negara Arab itu selepas Duta AS, Dorothy Shea membuat komen negatif terhadap gerakan Hezbollah.