21 Oktober 2023 - 17:56
Pemimpin Arab kecam serangan Israel ke atas Gaza tatkala risiko kepada wilayah meningkat

KAHERAH: Pemimpin Arab hari ini mengutuk krisis pengeboman Gaza selama dua minggu oleh Israel, serta menuntut usaha diperbaharui untuk mencapai penyelesaian damai Asia Barat bagi menamatkan pusingan keganasan selama berdekad antara Israel dan Palestin.

Bercakap pada Sidang Kemuncak Keamanan Kaherah, Raja Abdullah dari Jordan mengecam apa yang disifatkannya global berdiam diri mengenai serangan Israel ke atas enklaf itu dan menggesa pendekatan yang adil terhadap pertikaian Israel-Palestin.

"Mesej yang dunia Arab dengar ialah nyawa Palestin kurang penting berbanding Israel," katanya.

Sambil itu, beliau kesal dan sedih tindakan keganasan yang dilakukan terhadap orang awam yang tidak bersalah di Gaza, Tebing Barat dan Israel."Kepimpinan Israel mesti sedar bahawa sebuah negara tidak akan dapat berkembang maju jika ia dibina di atas asas ketidakadilan.

"Kami mahukan masa depan keamanan dan keselamatan untuk anda (Israel) dan rakyat Palestin," katanya yang menyimpulkan rumusan kepada Isreal.


342/