22 Oktober 2023 - 16:29
2 lapangan terbang utama Syria henti operasi

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang memetik sumber tentera.

Kementerian Pengangkutan berkata, penerbangan dialihkan ke Latakia.Ini adalah kali kedua serangan secara serentak dilakukan sejak konflik antara Israel dan Palestin melanda bulan ini. "Sekitar jam 5:25 pagi (waktu tempatan), musuh Israel melakukan... serangan udara... mensasarkan lapangan terbang antarabangsa Damsyik dan Aleppo sehingga membawa kepada kematian seorang pekerja awam di lapangan terbang Damsyik serta seorang lagi tercedera," kata sumber tentera dalam kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita negara SANA.


342/