342/
14 November 2023 - 19:41
News ID: 1411650
KOTA KINABALU: Suasana Konsert Armada Band Janji Bahagia di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini, bertukar syahdu tatkala vokalis kumpulan Indonesia itu, Rizal Adi tidak mampu menahan air mata mengenangkan nasib rakyat Palestin terutama kanak-kanak yang terkorban dalam peperangan.
Rizal yang ketika itu menyanyikan lagu Buah Hati di hadapan lebih 4,000 penonton, sebak sehingga ada peminat turut sama mengalirkan air mata. Emosi bagai direntap apabila ada penonton turut mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda rasa peduli mereka terhadap umat Islam yang sedang melalui pergolakan di Gaza ketika ini. Berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Rizal sempat mengimbau penghasilan lagu Buah Hati diilhamkan ketika dirinya dan isteri menanti kehadiran cahaya mata sulung.Ditemui sejurus selesai konsert, Rizal menyatakan dirinya begitu sebak apabila memikirkan nasib kanak-kanak di Palestin. "Kita boleh lihat ramai rakyat Palestin yang terkorban akibat peperangan adalah kanak-kanak. "Melihat apa yang jadi di sana, anak-anak adalah korban paling ramai. "Bagaimana sekiranya kita melalui situasi sama kerana saya juga mempunyai anak yang masih kecil.