9 September 2015 - 02:41
Pembebasan Zabadani hampir menjadi kenyataan

Askar Syria dan pejuang Hizbullah hampir kuasai Zabadani sepenuhnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Askar Syria dan pejuang Hizbullah dikatakan berjaya menguasai wilayah strategik Zabadani semalam.

Menurut laporan mutakhir kedua-dua pasukan ini berjaya menawan sebuah stesyen bas di Medan Silan, Homa.

Pembebasan kawasan strategik ini dianggap terlalu penting kerana menghubungkan jalan ke Lubnan.

Sementara itu, menurut sumber tempatan, 400 orang pengganas masih dikepung pasukan Hizbullah di al-'Arah dan al-Mahtah. Kebanyakan penduduk tempatan turut menerima berita ini dengan gembira.

Namun terdapat juga berita tentang kumpulan pengganas Ahrar al-Sham berikrar untuk mengirim anggota-anggota baru ke Zabadani setelah menerima kekalahan yang parah.

Menurut analisa Al-Hadath News, askar Syria dan Hizbullah sebenarnya berjaya menguasai 80 peratus wilayah Zabadani. Namun kekalahan pengganas di kawasan terbabit bakal melakar salah satu prestasi terburuk pengganas.