20 November 2015 - 18:04
Paris tuai serangan pengganas yang disemainya

Kerajaan Perancis mengecapi huru hara hasil kebatilan yang disemainya

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Imam solat Jumaat Tehran dalam khutbah Jumaatnya berkata, "Militan IS dan kumpulan Takfiri telah dilahirkan demi memerangi Islam. Serangan pengganas di Paris juga hasil benih kebatilan yang ditanam Perancis."

Ayatullah Sayid Ahmad Khatami menambah, "Kumpulan penggans IS dan Takfiri hingga kini tidak mengeluarkan pernyataan tentang rejim Zionis, malah anggota mereka yang cedera mendapat rawatan di pusat perubatan rejim ini. Netanyahu berkata, IS berkhidmat kepada kami dengan menumpahkan darah umat Islam."

Tegas beliau lagi, "Sebagaimana jenayah-jenayah IS dikecam, jenayah terhadap umat Islam dan pembakaran masjid-masjidnya juga turut dikecam. Kedua-duanya dituang dalam sebuah raga kuasa angkuh dunia dan Amerika."

Beliau yang merupakan anggota Majlis Khubregan Rahbari menceritakan kesilapan para pemimpin Perancis, "Ahli politik Perancis tidak berbuat apa-apa terhadap penduduk Syria yang dizalimi sejak lima tahun yang silam. Sekarang ia sendiri yang mengecapi huru-hara."

Mengenai pandangan Amerika dan Eropah terhadap pengganas, beliau menceritakan terdapat dua posisi baik dan jahat, "Sekiranya para pegawai kita dibunuh golongan munafik, atau dibunuh di kawasan majoriti penduduk Syiah di Selatan Beirut, maka keganasan ini dianggap baik oleh pihak Barat dan mereka tidak mengecamnya. Namun jenayah yang dilakukan IS di Perancis tidak dirasakan bahaya?!."


Tambah beliau lagi, "Satu-satunya negara yang benar-benar memerangi pengganas ialah Republik Islam Iran, dan satu-satunya jalan untuk memerangi bahaya keganasan ialah pakatan yang tidak main-main dalam menentang terrorisma, bukan sekadar manis di bibir semata-mata."

Mengulas tentang Iraq, beliau berkata, "Di Iraq, rekrut sukarelawan rakyat di negara ini sudah mencapai kejayaan dalam memerangi pengganas. Kejayaan besar di Syria juga merupakan salah satu inisiatif tenaga relawan."