23 November 2015 - 03:35
Remaja Palestin maut digilis kenderaan Israel

Seorang remaja perempuan Palestin dilaporkan maut setelah digilis dan ditembak

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Seorang remaja perempuan Palestin berusia 14 tahun maut digilis dan ditembak oleh penduduk Zionis dan tenteranya ketika sedang memandu kenderaan di kawasan penempatan Yahudi, Tebing Barat.

Menurut sumber dari Palestin, remaja tersebut memandu kenderaan ke arah kota pendudukan Israel. Kemudian pihak tentera menahan kenderaan tersebut dan melepaskan tembakan ke arahnya.

Sumber berita Israel sebaliknya melaporkan remaja Palestin 16 tahun ini ditembak ketika cuba menikam tentera rejim yang sedang bertugas.

Saksi kejadian menceritakan ambulan turut dicegah untuk melaksanakan operasi menyelamatkan remaja tersebut.

Identiti remaja tersebut telah dikenal pasti sebagai Ashraqat Taha Ahmad Qatanani dari Nablus dan keluarganya telah dimaklumkan tentang kematiannya.

Sementara itu berita Ynet melaporkan, seorang lelaki bernama Gershon Mesika telah menggilis dan menembak Qatani di Tebing Barat. Selepas remaja itu digilis, kereta yang dipandu Gerson Mesika terbabas ke dalam parit dan Gerson keluar sambil melepaskan tembakan ke arah gadis itu bersama-sama tentera Israel.

Remaja Pelestin ini merupakan korban keganasan Israel dalam tempoh 24 jam.