Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Yaman mengistiharkan penghasilan peluru berpandu Zalzal generasi kedua dan telah dilancarkan ke arah beberapa sasaran tentera rejim Saudi.
Menurut laporan berita dari Yaman, generasi kedua rudal Zalzal adalah buatan tempatan yang kini telah dibawa masuk ke dalam arena pertempuran yang sudah sengit dengan rudal al-Najm al-Thaqib dan al-Surkha yang juga adalah buatan Yaman.
Keistimewaan Zalzal II berbanding generasi pertama ialah mempunyai kekuatan dan ketepatan yang lebih jitu. Pengkalan tentera al-Qarn kepunyaan rejim Saudi di Gizan antara yang telah menjadi sasaran rudal ini.
Zalzal II mempunyai panjang 2 meter setengah dengan berat 350 kilogram dengan jarak serangan sejauh 15 kilometer.
Rejim Arab Saudi telah berpakat dengan 9 negara Arab Timur Tengah termasuk Amerika telah melancarkan serangan besar-besaran terhadap negara Yaman atas alasan ingin mengembalikan bekas presiden Abd Rabbah Mansur al-Hadi ke tampuk pemerintahan.
Serangan pakatan rejim Saudi telah menyebabkan ribuan penduduk awam Yaman termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dan cedera. 80 peratus pusat rawatan di Yaman dilaporkan musnah akibat serangan tersebut.




